Related Posts with Thumbnails

Pengikut

waktu solat

>> Isnin, 23 November 2009

Assalamualaikum,
Hari nie Aina nak kongsilah apa itu solat Zuhur ,Solat Asar,Solat Maghrib,Solat Isyak dan Solat Subuh.
Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat.Solat fardu diwajibkan ke atas org islam sebanyak lima kali sehari.Solat fardu yg wajib didirikan ialah:

~~ZUHUR~~
Waktunya dimualai sejak matahari tergelincir ke barat dan akhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dgn benda itu .Manusia yg pertama yg mengerjekan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Allah S.W.T telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s .Apabila seruan itu datang sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak 4 rakaat.

~~ASAR~~
Waktunya dimulai setelah habis waktu Zuhur ,iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan akhirnya setelah terbenamnya matahari .Manusia pertama yg mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s lau solat empat rakaat.

~~MAGHRIB~~
Waktunya telah dimulai setelah terbenamnya matahri dan berakhir apabila cahaya merah telah hilang.Manusia pertama yg Mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu apabila baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dr kejahilan dn kebodohan kaumnya .

~~ISYAK~~
Waktunya dimulai setelah hilangnya cahya merah sampai terbitnya fajar.Manusia pertama yg mengerjakan Solat Isyak ialah Nabi Musa a.s .Ketika itu ,Nabi Musa tlah tersesat mencari jalan keluar dr negeri Mdyan .Baginda amat berdukacita.Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacita itu pada waktu Isyak lalu solat empat rokaat sebagai tanda bersyukur.

~~SUBUH~~
Waktunya dimulai setelah terbit fajar hingga terbitnya mtahari.Manusia pertama yg mengerjakan Solat Subuh ialah Nabi Adam a.s ialah ketika baginda ketika baginda keluar dr syurga lalu diturankan ke bumi.Perkara pertma yg dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yg amat sangat .Apabila fajar Subuh telah keluar ,Nabi Adam a.s pun solat dua rakaat.

0 ulasan:

Catat Ulasan



Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

  © Blogger template Snowy Winter by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP